Hati ibu mana yang tidak terguris apabila anak sendiri diejek dan dicaci tanpa sebab ketika bergelar artis. Terdapat segelintir peminat Adira AF telah mengejek sebagai hantu putih di Instagram peribadi artis itu.
Dipetik Adira berkata
"Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu. Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram." Menurut Adira, terdapat beberapa komen yang dibalasnya dan bukan bertujuan untuk bergaduh dengan peminat tetapi mahu mereka sedar tentang menjaga perasaan orang lain. "Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu."